Setelah sekian lama tidak ku coretkan di blog ni.. entry kali ini aku ingin berkongsi ilmu mengenai kelebihan dan kekurangan orang kidal seperti aku.. kidal sangat special.. ada kelebihan ada kelemahan.. tapi aku bangga menjadi orang kidal ツ
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kiri.
Kelebihan Orang Kidal
-Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
-Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
-Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
-Penyesuaian:
· Oleh kerana dunia mereka didominasi oleh produk kanan, lefties adalah lebih mudah menyesuaikan diri dengan alat tangan kanan dan perkakas daripada righties adalah untuk kidal produk. Ini boleh membantu jika kidal memecah lengan dominan dan buat sementara waktu tidak menggunakannya.
-Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
Kelemahan Orang Kidal
-Sukar dalam menggunakan gunting. Selain itu, bila terlalu lama menggunakan gunting, tangan akan terasa sakit.
-Tulisan yang di tulis akan terhapus / tercoret apabila dalam menulis kita menggunakan tinta / pen cair. Itu terjadi kerana, gaya menulis dari kiri ke kanan, sehingga tulisan yang sudah di tulis akan tersentuh oleh tangan yang sedang menulis.
-Sukar mencari barangan yang sesuai untuk kidal, Kerana kebanyakan barang-barang di buat untuk orang yang bertangan kanan.
-Menurut hasil penelitian, orang kidal lebih banyak mempunyai masalah psikologi kerana orang yang kidal kebanyakan menggunakan otak kanan, dan otak kanan tersebut memberi tumpuan pada emosi, intuisi, dan pemikiran seni.
Setakat ini yang aku tahu dan boleh kongsi untuk semua..
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bukan?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.